JellyPages.com

Friday, September 6, 2013

Aku & Target

Assalamualaikum, 

Pejam celik..pejam celik dah setahun aku sambung belajar. Minggu depan akan masuk semester baru dan aku harap ia semester terakhir untuk menyiapkan thesis. Defence research proposal pon x lepas lagi.. 

Rase belajar ni macam main game, makin tinggi level kite pergi, makin susah.. Kalo kite fight for it, dapat BONUS.. tapi kalo kite give up, game over la jawab eh. 

Never give up kak Ton.. U can do it ! 

Aku target siapkan seluruh research bulan MAC 2014. Yg paling penting, aku faham ape yg aku buat & beri manfaat kepada org lain.. x dpt byk, sikit pun jadilah. 

Masa aku attend 1 kem di Kampung Gajah, Perak, slot paling aku suka masa slot dengan Dai'eyah Adibah.. Antara yang melekat dalam jiwa aku "Kita pasang target & go for it, Insya-Allah Allah akan buka seluas2 jalan buat kita" 

Target umur 25 (tahun depan) : 

1. Aku nak Viva & konvo           2. Nak nikah 

(target dari sekolah dulu, nak nikah umur 25 tahun):D

Lepas habis belajar, nak kerja sebagai seorang pendidik, Insya-Allah. 

Berusaha + doa + tawakkal, selebihnya serahkan pada Allah. 

Man jadda wa jada, Wa man kasala fashila :)

Tuesday, April 30, 2013

Cinta Sejati buat Hakiki

Bismillahhirrahmanirrahim..

Pesta buku

Pagi yang indah, aku berjalan ke fakulti.Sebelum sampai ke destinasi terdetik hati singgah di Pejabat Bendahari, saja nak melawat kakak-kakakku di sini.

Kak Maria : Hari jumaat ini kami nak ke Pesta Buku di PWTC, nak ikut?
Aku : Boleh juga kak, baucar buku saya pun masih ada sekeping lagi.

Jumaat menanti.Aku,kak Maria, kak Ana, Nurul dan Syima bergerak menaiki KTM dari Sungai Buloh ke stesen Putra. Berjalan kaki ke PWTC, Wah! sesak sekali. Sebahagian ulat buku sedang membelek bahan bacaan yang mereka minati.

Aku?
Aku belum diketegorikan sebagai ulat buku. 'Ulat muka buku' mungkin. Puas mencari, akhirnya ada yang berkenan di hati. Cinta High Class tulisan Ustazah Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi. Bila dah berkenan di hati, tidak sabar meniti setiap helaian novel ini.

Cendol 5 bungkus Pak cik

Pulang ke fakulti, sempat pula pekena cendol pulut, kak Maria belanja,baiknya hati kakak saya ni.Selepas makan tengahari, aku pun pulang ke teratak kami. Selesai menghadap Ilahi,duduk di meja study membelek novel.

Inspirasi dalam mencari



Basmalah meniti di bibir,mata terus meniti setiap perkataan..Cinta mula bertaut di hati.. Subhanallah..aku benar-benar jatuh cinta pada ilmu yang terisi.

Cinta High Class. Mentarbiah diri menjadi Muslimah sejati, menyedarkan betapa tingginya maruah diri, bukan mudah diberi atau dibeli. Selagi ijab dan qabul tidak dipenuhi, Cinta ini bukan janji.Cinta sejati, buat dia yang tepat, pada masa yang tepat.Rasa cinta, rindu, sayang itu fitrah makhluk Allah. Fitrah ini perlu diurus,bukan di bajai dengan nafsu. Akan ku pagari diriku dengan duri-duri Iman, agar tiada yang cuba mendekat tanpa tujuan mencari redha Ilahi yang pasti. Bercinta selepas nikah, itu impianku.

"Ya Allah terbangkanlah aku kepadanya, agar aku tidak terus hanyut menjadi fitnah dunia."

Cinta High Class. Menyedarkan diri walau suami di hati, pemilik pertama tetap Ilahi. Sabar penyejuk diri, akan ku nanti dikau duhai pemuda sejati. Tuntutlah ilmu kerana Allah, agar dapat bersama menyelusuri onak duri. Akan ku persiapkan diri,terus mencari Cinta Ilahi, kerana dengan cinta-Nya,dikau kan sampai pada ku nanti. Andai bukan di dunia, pasti di Syurga. Insya-Allah..

Wallahualam




Sunday, April 28, 2013

Cinta Muslimah



Muslimah
Mahalkan dirimu
Pagarinya dengan ilmu
Jangan mudah terpujuk layu
Mekar iman menunduk nafsu

Muslimah
Cintailah Dia
Sanjungi kekasih-Nya
Peliharalah ibu dan bapa
Yakinlah soleh tersedia
Sama ada di dunia mahupun syurga

Muslimah
Indahnya akhlakmu
Mujadah mencari yang Satu
Tertutupnya aurat bertempat malu
Fitnah dunia terus berlalu..




Nukilan
Kembara Ana Insan

Saturday, April 6, 2013

Walimatul urus

Bismillahhirrahmanirrahim..

Pada musim cuti sekolah yang lepas ada beberapa jemputan walimatul urus yang sempat saya hadiri. Tumpang gembira dan bersyukur melihat rakan-rakan yang mendirikan rumah tangga iaitu antara sunnah Rasulullah s.a.w.

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan semuanya berpasangan; dari yang ditumbuhkan dibumi dan dari diri mereka, juga dari apa yang mereka tidak ketahui"(Surah Yaasin, ayat 35)

Moga pernikahan yang dibina atas dasar kasih sayang dapat memberikan ketenangan kepada mereka justeru membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. Moga mendapat zuriat yang soleh & solehah.Barakallahhu fi kum.

Tahniah buat Ashila yang bakal mendirikan rumah tangga tahun hadapan insya-Allah. Tahniah buat Aisyah yang akan menjadi ibu tahun ini. Terima Kasih kepada Azura sahabat karibku iaitu seorang isteri & ibu mithali :) Gembira dapat berjumpa dengan kalian dalam majlis yang penuh barakah ini.
Di bawah adalah foto-foto yang sempat saya snap di majlis perkahwinan Farid & Qidah dan Mira & Aris.

Pelamin di Majlis Perkahwinan Farid & Qidah
Tahniah buat Farid & Qidah
Senyuman manis Mira & Aris
Nyummy..

Wednesday, March 27, 2013

Ajal yang hampir tiba..

Assalamualaikum saudara-mara ku yang amat dikasihi, sudahkah anda menunaikan solat? Jika sudah, alhamdulilah.. tetapi jika belum, apa tunggu lagi, bangkitlah berwudhuk dan tunaikanlah solat. Peringatan buat diri ini yang lemah, JANGAN MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT.. Do not delay! Jagalah solat kita sebaik mungkin, ingat! Jagalah Allah, Allah menjagamu.. :)

Umur semakin meningkat, amalan kita bagaimana?Maut sentiasa menjenguk, malah mengejar kita. Bila tiba waktunya, tidak cepat sesaat dan tidak pula lewat sesaat. Adakah kita sudah bersedia berhadapan dengan Maha Pencipta? Dalam keadaan yang bagaimana? Suci bersih atau kotor berlumut dengan dosa-dosa?

Wahai kaum hawa, bagaimanakah dengan auratmu?Adakah sudah ditutup dengan sebaik mungkin?ingat! suara juga aurat.Jangan mudah mengaku kalah pada hawa nafsu yang ganas bak naga 9 kepala. Tundukkan ia dengan rasa kehambahanmu pada Ilahi.Bukan nafsu yang memandu kita, tetapi kita yang memandu nafsu itu.

Berpeganglah pada tali Allah, perteguhkan imanmu duhai saudaraku. Mohon padanya kesudahan yang baik.Berdoalah.. 

 اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
  “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan engkau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”

Kerana cinta aku menulis..kerana cinta aku menjaga agamaMu.. Allahurabbi..

Wallahualam..

Friday, March 22, 2013

Seminar Pendekatan Wasatiyyah Memacu Peradaban Negara

 Intercontinental Hotel, KL.. Suasana selepas peserta keluar untuk menunaikan Solat Jumaat
Buku yang banyak membantu dalam penyelidikanku
Y.Bhg Prof Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Bin Haji Abdul Majid
Moderator untuk sesi yang pertama


oh RESEARCH :)


Moderator untuk sesi yang kedua


Gula-gula peneman mata (^.~)


Y.Bhg Prof Dato' Dr. Zaleha binti Kamaruddin
Y.Bhg Prof Madya Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Haji Dusuki


Dato' Seri Abdullah bin MD Zin sedang menyampaikan cendermata kepada pembentang


Pengacara Majlis yang amat berkaliber, Sayed Munawar


Cendermata bertukar tangan


Di akhir Seminar
Moga ketemu lagi..