Umur semakin meningkat, amalan kita bagaimana?Maut sentiasa menjenguk, malah mengejar kita. Bila tiba waktunya, tidak cepat sesaat dan tidak pula lewat sesaat. Adakah kita sudah bersedia berhadapan dengan Maha Pencipta? Dalam keadaan yang bagaimana? Suci bersih atau kotor berlumut dengan dosa-dosa?
Wahai kaum hawa, bagaimanakah dengan auratmu?Adakah sudah ditutup dengan sebaik mungkin?ingat! suara juga aurat.Jangan mudah mengaku kalah pada hawa nafsu yang ganas bak naga 9 kepala. Tundukkan ia dengan rasa kehambahanmu pada Ilahi.Bukan nafsu yang memandu kita, tetapi kita yang memandu nafsu itu.
Berpeganglah pada tali Allah, perteguhkan imanmu duhai saudaraku. Mohon padanya kesudahan yang baik.Berdoalah..
اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang
baik), dan jangan engkau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir
yang buruk)”
Kerana cinta aku menulis..kerana cinta aku menjaga agamaMu.. Allahurabbi..
Wallahualam..


No comments:
Post a Comment