JellyPages.com

Saturday, March 2, 2013

Hikmah Musibah

Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi, dengan rahmatNya, aku masih bernafas di bumi bertuah ini. Dalam keadaan yang kurang sihat, selesema dan batuk,ucapan yang ku iringi adalah:
  "Dari Allah kita datang kepada DIA,kita kembali"


Bagi aku terlalu banyak hikmah dalam menghadapi musibah ini.Antaranya:

~Mensyukuri nikmat S.I.H.A.T
Adakala Allah ambil sedikit nikmat sihat itu untuk kita mensyukuri nikmat S.I.H.A.T yang selalu diberiNya.Biasalah, bila kita punyai sesuatu itu,adakala kita kurang mensyukurinya.Adakala masa sihat aku tidak menggunakan masa yang diberi sebaik-baiknya. Aku tidak menggunakan tubuh badan,akal fikiran ini untuk menuntut ilmu bersungguh-sungguh. Tidak bekerja bersungguh-sungguh. Bila ditimpa sakit, aku akan perbaharui & update azam aku untuk menggunakan kesihatan yang Allah beri untuk bantu orang lain,nak buat baik, belajar sungguh-sungguh, bekerja kerana Allah.
Semuanya kerana Allah.

~Ber S.A.B.A.R
Biasalah bila dah sakit ni, tenaga pun kurang. Terbatuk-batuk, memanglah tidak selesa. Nak tidur pun hidung tersumbat.Tapi aku sedar ini semua ada hikmahnya, oleh itu, aku selalu akan ingatkan diri ini, bersabarlah.Orang yang bersabar itu pasti ada tempatnya yg baik di sana.

~Di A.M.P.U.N kan DOSA
Setiap anak adam itu bersalah.Oleh itu bertaubatlah. Dosa yang banyak, Allah..ampunkan lah dosaku. Tak sanggup ingat dosa-dosaku kepadaMu,terlalu banyak..Aku pernah terdengar satu ceramah dari seorang ustaz: Orang yang sabar apabila ditimpa musibah, dosa-dosanya akan diampunkan seperti daun-daun yang berguguran.
Musibah+(Redha x Sabar) = Delete Dosa.

~ Mengingati M.A.T.I
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, yang kekal hanyalah ALLAH. Aku akan meninggalkan dunia ini juga pabila tiba masanya, tidak cepat sesaat, dan tidak pula lambat sesaat. Dalam keadaan lemah, aku terfikir bagaimanalah rasanya sakaratul maut itu.Ya Allah..berilah kami khusnul khotimah..pengakhiran yang baik..itulah doaku.

Wallahualam..



No comments:

Post a Comment