Tiap-tiap manusia mempunyai cabaran dalam hidup, yang membezakannya adalah perjalanan dan cara mereka hadapi cabaran tersebut.Tidak kira muda atau tua, cabaran tetap mendatang dengan hikmahnya. Teringat pula pada bait-bait lagu yang dinyanyikan S.M Salim..
"Yang membezakan kita hanya usia,
tetapi hala tujuan tetap sama..
Zaman kau lalui mungkin berbeza
namun keperitannya tetap kurasa."
namun keperitannya tetap kurasa."
Lagu yang agak unik bagi diriku,penuh makna tersirat. Bila cabaran menjengah kembali, ada yang terkulai layu,ada yang tetap gah berdiri. Ya, aku juga pasti punyai cabaran dalam hari-hariku, adakala terasa hilang arah, tidak tahu mana nak tuju. Tapi hanya satu ! Aku tak mahu terus diburu. Setiap cabaran pasti ada jalan penyelesaian. Akan ku tempuhinya penuh kesabaran, Sujudku penghubung ketenangan. Ku fikir satu persatu di mana silapku..Akalku merungkai hikmahnya setiap yang telah berlaku..Subhanallah! Indah sungguh jalan aturMu Ya Ilahi. Aku menangis dalam gembira. Telah kutemui jawapannya,mengapa aku didatangi dugaan itu. Terlalu banyak yang aku alpa, terlalu banyak yang aku lupa. Tetapi doa memohon hidayah dan taufiq tidak akan kering dibibirku.Sesungguhnya Engkau Maha mendengar.Maha Penyayang lagi mengasihani. Engkau turunkan keperitan untukku merasai kemanisan.

No comments:
Post a Comment