Sudah hampir 3 bulan ibu tercinta berada di Perancis.Merantau melihat negeri orang,mengagungi bumi Allah.Panggilan pertama dari Perancis ibu amat gembira bersiar-siar mengelilingi Kota Belgium, aku turut tersenyum dan gembira mendengar perkhabaran ibu yang amat teruja menaiki bot di sana. Ibu seorang yang amat taat kepada ibu bapanya,dia jarang keluar dari kampung jika tiada urusan yang memerlukannya keluar. Sehinggalah hari tua ibu bapanya,ibu menjaga dengan redha. Ibuku seorang anak yang solehah, bicaranya amat lembut..Alhamdulilah ibu bertemu ayah yang sudah lama merantau di negeri orang bagi mencari ilmu memohon keredhaanNya. Ayah ku seorang pencinta ilmu Allah, berbelas tahun ayah menuntut ilmu di timur tengah. Kepulangannya amat dinanti-nanti oleh keluarganya tersayang wan, atok dan sanak-saudara.. Ayahku tertarik kepada ibu,kebetulan ayah ibu juga seorang ustaz yang terkenal di kampung. Pinangan dihantar, dengan redha ibuku menerima walaupun tiada perasaan cinta kepada ayah pada waktu itu. Alhamdulilah ibu dan ayah kekal bahagia sehinggalah ayah dijemput panggilan Ilahi,ibu masih disisi. Ayah ku banyak mengajar ibu tentang ilmu agama,tentang sabar..tentang dunia dan akhirat. Syukur ibuku menemui insan yang soleh, doa ibu dan ayah yang tidak lekang di bibir memohon redha Ilahi. Ibu, Ayah, jasamu tidak terbalas olehku..Kerana agungnya akhlakmu mendidik anak-anak serta melayan kerenah kami..aku akan menemanimu dalam susah dan senang mencari sinar bahagia di dunia dan akhirat. Semoga Allah mencucuri RahmatNya ke atas ibu dan ayah.. Amin ya Rabb
Tuesday, December 20, 2011
Ibu..Aku amat mencintaimu..

Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment