JellyPages.com

Thursday, June 2, 2011

Berada di negeri orang bukan semudah ku sangka..

"Holiday?Oversea?wowww!!bestnye..untung la.."ungkapan yg byk ku dengari setelah jejaknya kaki ku di kota Paris.. Ape orang kate? Paris Kota Cinta.. Ya,mungkin juga.. sejauh mana kebenarannya aku belum pasti..Ramai yang ingin ke Kota Paris..katanya nak honeymoon la bersama tersayang..tp aku?

Berseorangan dalam keadaan demam yang masih belum reda aku terbang ke Paris seperti yg dirancang..Setelah 14 jam perjalanan menaiki pesawat Air Asia D7 2012 akhirnya aku tiba di Lapangan terbang ORY, Paris tepat jam 4.30 pm (waktu Malaysia). Alhamdulilah..keluarga kakak ku sdg tersenyum riang menungguku di depan pintu utama. Aku di bawa pulang ke kediaman mereka di Marchel Duchamp,Paris. 

Pada mulanya memang susah  aku sesuaikan diri dgn waktu di Paris kerana ianya lebih lewat 6 jam dari waktu Malaysia. Bila semua org bangun,aku nyenyak tidur,dan bila semua org tidur,aku pula x dapat lelapkan mata..mulalah teringat pada kampung halaman.apalagi dlm keadaan badan yang panas dan hidung yg tersumbat akibat selsema.

Alhamdulilah setelah seminggu di Paris aku mula menyesuaikan diri..demam beransur pulih dan hati kembali riang.Bagaimanapun kampung halaman tetap ku rindui..suasana di Malaysia yang panas dan lembab..masakan emak di kampung..gurauan anak2 buah tercinta..satu2 bermain di kotak fikiran ku..Rindu teramat rasanya..rasa ingin ku peluk mereka satu persatu.

Diriku telah sihat sepenuhnya,syukur pada yang Maha Berkuasa..Oleh itu aku diamanahkan utk menghantar anak buah ku ke sekolahnya. Pada mulanya susah juga aku hendak berkomunikasi dengan guru dan kakitangan sekolah, orang Perancis ni lebih utamakan bahasa ibunda mereka berbanding bahasa English sedangkan aku masih belum belajar bahasa Perancis.Pulang ke rumah aku sibuk mencari kamus..nah! akhirnya aku temui jua French phrase book & dictionary di kabinet dalam kamarku.

Cuaca yang panas dan kering..setitik peluh pun susah utk keluar..Matahari kelihatan terik,tapi sejuk dan dingin yg ku rasa. Ramai yg berjemur di tengah hari terik smbil menikmati makanan mereka. Kulit tgn ku mula terasa perit..Aduh! luka2 merah kelihatan seperti melecur terkena seterika panas.entahlah,aku pun x tahu kenapa jadi begini. Losyen daripada buah zaitun ku sapukan ke tangan ku tetapi masih sama.tiada tanda2 utk luka2 itu sembuh.

Bukan mudah sebenarnya berada di negeri orang. Terbuktilah kesahihan pepatah melayu..
"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.Lebih baik negeri sendiri.."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Wallahualam~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~








No comments:

Post a Comment