Ayahanda telah pergi buat selama-lamanya. Tanggal 17 julai 2011, aku dikejutkan berita mengenai pemergian ayahanda tercinta ke rahmatullah. Rasanya seperti ingin aku berlari pulang ke kampung melihat sendiri jasad ayahanda tetapi aku sedar..aku jauh di perantauan, jauh di bumi Eropah..jauh dari Malaysia, jauh dari tanah air tercinta. Aku kuatkan semangat dan terus bersabar mendoakan moga roh ayahanda tercinta ditempatkan bersama mereka yang mulia di sisi Allah s.w.t.
Alhamdulilah urusan penerbangan ke Malaysia berjalan lancar walaupun ianya mengambil masa 4 hari. Dari Paris ke Malaysia. Tidak sabar menemui ibunda tersayang. Tidak sabar menziarahi pusara ayahanda..Aku amat rindu pada mereka.
Setibanya di kampung halaman, aku terasa amat sunyi melihat keadaan sekeliling. Entahlah..perasaannya berbeza sekali..hening dan sayu. Tiada lagi wajah ayahanda menyambut kepulanganku di muka pintu..tiada lagi senyumannya yang ikhlas.hanya ibu dan adik-beradik menunggu kami di tangga rumah. Ibu,aku amat merinduimu.
Aku pergi ke bilik ayahanda..pakaiannya masih tersangkut kemas di pintu almari.Seperti dia masih di sini. Aku cium pakaian ayah, "Abah, akak rindu abah..".Pergimu tiada meninggalkan emas dan permata tetapi pergimu meninggalkan CAHAYA DI SYURGA. Damailah ayahanda tercinta di sana. Cucurilah rahmatMu Ya Allah ke atas roh ayahku. Amin..ya rabbal alamin..