JellyPages.com

Tuesday, January 22, 2013

Alhamdulillah..


Alhamdulillah Ya Allah.. Tuhan sekalian Alam..
Syukur atas limpah kurniaanMu..
Kasih sayangMu disebarkan dengan pertemuanku bersama hamba-hambaMu yang soleh & solehah..

Cerita bermula..
 
Sedang aku sibuk mengemas stor pejabat bendahari bersama teman sejatiku Asma, 
tiba-tiba 1 mesej masuk..selesai membacanya, Alhamdulilah ku ucapkan.. Tugasan Multimedia Programmer sedang menantiku bulan Februari hadapan, inshaa Allah. Terima kasih ibu atas doamu, terima kasih Sir Irwan & Sir Alwi  kerana sudi menghantarku ke tempat temuduga. Terima kasih kepada penemuduga kerana keikhlasanmu memberi peluang & kepercayaan kepadaku bagi menyandang jawatan ini. Ia bukan hanya kerana jawatan tetapi AMANAH.. Mengukir pengalaman yang berharga.. Bi iznillah..

Sekali lagi ada mesej masuk ke telefon bimbitku..nada dering yang amat sayu..sekali lagi.. Ya Allah, Alhamdulillah..Seorang hamba Allah telah menawarkan cermin mata percuma kepadaku.. Dua, tiga hari ini, aku memang terasa pandangan semakin kabur, hampir tiga tahun aku tidak menukar 'power' cermin mata.. Ada kira-kira untuk tambah 'power', silau makin bertambah rasanya.. tup..tup.. ada seorang hamba Allah yang berhati mulia menawarkan pembuatan cermin mata baru percuma.. Allahhuakbar.. Allah yang Maha Mendengar.. Walaupun aku tidak mengenalinya, dan dia tidak mengenaliku, Engkau telah aturkan jalan terbaik untuk kami. Terima Kasih kepada insan yang berhati MULIA..

Petangku menjengah mencari Dr Asiah, ingin berkongsi rasa & meminta pandangannya.. Insan yang banyak membantuku dari awal kehadiranku sebagai pelajar sarjana. Moga Dr & keluarga berjaya di dunia & akhirat..
Pesannya, "Buat baik dengan ibu, dengan orang lain, hati kena bersih.. ALLAH akan beri pada kita..Bersedekahlah walau sekeping wang..Malam ini bangun solat..ucap syukur pada Nya.."

Sujudku mensyukuri nikmatMu.. tenang berada di rumahMu Ya Allah.. 
Suara azan yang menusuk ke kalbuku.. Subhanallah..
Menitis air mata..pabila doa dibaca.. Mensyukuri nikmat yang Allah berikan.. 
Terima kasih Asma & Alini kerana sudi bawa saya ke sini..Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam..

"Ya Allah..
bantulah hambaMu ini Zikir mengingatiMu
bantulah hambaMu ini Mensyukuri nikmatmu
bantulah hambaMu ini Memperindahkan ibadah kepadaMu"

Amin..Amin Ya Rabbal Alamin..


 

Monday, January 21, 2013

Tuesday, January 8, 2013

Jiwa kosong

Salam teman & sahabat..Detik demi detik fikiranku terasa kosong..entah kenapa saat ini agaknya dunia terasa bagai tiada apa-apa.Satu persatu lagu nasyid aku putarkan.Cuba menenangkan diri ini.Hati terasa hiba..hilang entah ke mana.melayang seperti angin yg bertiup.Malam ini keadaan sekitar kampusku seperti biasa..ada yang sibuk menyiapkan tugasan masing2..ada juga yang sedang melepak bersama kawan2 mereka di gazebo.tapi aku..aku tidak tahu dengan apa yang aku lakukan..jiwa kosong..terasa amat payah untuk menyiapkan assignment ini. Helaian demi helaian artikel dibelek olehku..hanya sedikit point sahaja aku coretkan di kertas sebanyak 5 muka surat itu. bagaimanapun masih tiada apa-apa yang ditaip di skrin komputer ku sebagai permulaan bicara.Aku ingin mencari balik semangatku..Aku pasti..aku akan ketemuinya..Ya Allah bantulah aku..

Syukur ke hadrat Ilahi..

Alhamdulillah.. segala puji hanya bagi Maha Pencipta, Allah s.w.t. Dengan izinNya aku berjaya mengharungi liku-liku sebagai seorang pelajar Sarjana Muda Pengajian Maklumat (Pengurusan Sistem Maklumat) selama 3 tahun. 

Syukran Emak, syukran Abah..tanpa doa kalian, anakmu ini mungkin sahaja tidak dapat berdiri teguh di sini..

 UiTM dihatiku.. Tidak lupa juga kepada para pendidik yang ikhlas mencurahkan ilmu kepadaku..Tunjuk ajarmu guru,menerangi jalanku yang kegelapan.. 

Rakan, sahabat, teman...terima kasih ku ucapkan, saling membantu sahabatmu yang lemah ini..kalian adalah kekuatanku..

 Moga sentiasa dalam rahmat Ilahi..