JellyPages.com

Sunday, February 24, 2013

Doa Mohon Jodoh & Keturunan yang Baik serta Soleh

Mohonlah pada Allah..
Dalam Surah  al-Furqan ayat 74.Allah berfirman:

Dan orang yang berdoa " Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami, dan keturunan kami sebagai PENYENANG HATI (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa".

Peringatan untuk diriku yang lemah..
JANGAN HAMPIRI ZINA!!!!

Friday, February 22, 2013

SYURGA FIRDAUS bagi orang yang BERAMAL SOLEH


"Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh,bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal. Mereka kekal didalamnya dan tidak ingin berpindah darinya"
Surah Al-Kahfi Ayat 107-108


Thursday, February 21, 2013

Kenapa masih tidak mahu SOLAT?

Jam di dinding menunjukkan pukul 1 tengahari,waktu rehat. Insan berjalan ke surau seorang diri. Di surau ada seorang adik sedang mengambil wudhuk. Insan itu berdiri di sebelahnya, bersedia untuk mengambil wudhuk.Kelihatannya adik ini seperti ada sesuatu yang tidak kena..getus hati insan. 

Selesai berwudhuk insan beredar ke dalam surau.Adik itu masih di tempat wudhuk.Azan berkumandang, suara muazzin yang amat setia iaitu Ustaz Ismail Yeop mengajak warga manusia menuju kejayaan.Lantas cepat-cepat insan mengambil telekung tersusun kemas di dalam almari. Sejadah dibentangkan.
Tertunggu-tunggu juga adik yang ditemui semasa mengambil wudhuk tadi tetapi masih belum kunjung tiba.Hati insan dapat menangkap sesuatu tetapi insan abaikan,mungkin hanya andaiannya sahaja.
Iqamah dibaca.Bangun dan bersedia untuk solat. Tiba-tiba adik tadi datang terkocoh-kocoh di sebelah insan.Di dalam hati insan mengucapkan Alhamdulilah. Niat dibaca dan takbir diangkat..Allahuakbar.Adik tadi cuba untuk berniat dan mengangkat takbir. 
Allah.. insan cuba untuk khusyuk..
Imam sudah rukuk, seterusnya takbiratul ihram dan sujud.Insan mengikuti imam.Walaubagaimanapun,adik tadi masih berusaha untuk mengangkat takbir.. Jemaah kembali bangun untuk rakaat kedua, Alhamdulilah adik tadi dapat mengikuti jemaah juga. Setelah imam memberi salam ke kiri, adik tadi bangun untuk menyelesaikan lagi 1 rakaat yg tertinggal tadi. Semasa rukuk, adik itu tadi terdiam, Insan seperti mengerti. Insan bersuara "Subhanarabbial azimi wabihamdih". Alhamdulilah,adik tadi selesai juga menunaikan solat Zohor. 

Ada sesuatu yang terdetik dalam hati insan dari saat mengambil wudhuk tadi,iaitu WAS-WAS.Mungkin apa yang berlaku pada adik ini adalah was-was, justeru membuatkan adik ini tergopoh-gapah & tidak tenang.

Hati insan tersentuh, sebak seketika.Rasa kasihan apabila was-was bermaharajalela di dalam jiwa manusia. Sehinggakan mengganggu dalam menunaikan ibadah SOLAT. Selesai doa diaminkan, Insan bersalaman dan bertegur sapa dengan adik itu.Nama siapa? pelajar kursus apa? asal dari mana? Insan cuba mendekatinya dengan berhemah. Insan memperkenalkan dirinya. Seterusnya insan bertanya, "Macam mana solat?ok?". Insan cuba berhati-hati dalam pertanyaannya agar tidak menyentuh hati adik tadi. Adik menjawab "OK, cuma tadi tersalah baca al-Fatihah." Insan bertanya lagi, "Ada kelas ke lepas ni?". Adik menjawab "Ada, jam 2 ni, tu yang nak cepat".Serba sedikit insan cuba mengerti permasalahan yang sedang dialami adik itu. 

Insan cuba memberi kekuatan dan nasihat kepada adik tersebut..
Untuk mengelakkan rasa Was-was..bacalah Surah An-nas..hembuskan ke kiri sebelum menunaikan solat. 
Adik itu cuba membaca surah An-nas.
Insan menyambung lagi,gopoh-gapah juga adalah salah satu senjata syaitan bagi melemahkan kita.
Memahami adik tersebut perlu ke kelas, Insan berharap mereka dapat berjumpa lagi. 

Pesanan dari insan yang lemah, tetapi ingin berkongsi kekuatan dengan orang lain.
Insan itu bersyukur jumpa adik tadi, menyedarkan bahawa  

"Untungnya orang yang diberi ketenangan dan khusyuk dalam solat. Dan amatlah rugi orang yang telah diberi ketenangan tetapi masih meninggalkan SOLAT."
Allahhuakbar!



Saturday, February 16, 2013

Pesanan Luqmannulhakim


Assalamualaikum semua,

Ingat tak masa tingkatan 4 & 5 dulu, Ustaz/ustazah kita suruh hafaz beberapa ayat hafazan dari surah-surah tertentu. Antaranya surah an nur, surah Luqman. Ha, Jom kita refresh  apa pesanan Luqman kepada anaknya

Antara pesanan dan nasihat Luqmannulhakim kepada anaknya  :

1. Jangan mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah  adalah benar-benar kezaliman yang besar.
2. Berbuat baik kepada kedua ibubapa
3. Setiap perbuatan akan terima balasan dari Allah
4. Lakukanlah Solat
5. Berbuat yang makruf & cegahlah daripada yang mungkar
6. Bersabarlah terhadap apa yang menimpamu
7. Jangan sombong,membangga diri & angkuh
8. Sederhanalah dalam berjalan & rendahkanlah suaramu

P/S: Bersyukurlah kepada Allah (^_^)

(Ayat 12-19, Surah Luqman)