Bismillahhirrahmanirrahim..
Pesta buku
Pagi yang indah, aku berjalan ke fakulti.Sebelum sampai ke destinasi terdetik hati singgah di Pejabat Bendahari, saja nak melawat kakak-kakakku di sini.
Kak Maria : Hari jumaat ini kami nak ke Pesta Buku di PWTC, nak ikut?
Aku : Boleh juga kak, baucar buku saya pun masih ada sekeping lagi.
Jumaat menanti.Aku,kak Maria, kak Ana, Nurul dan Syima bergerak menaiki KTM dari Sungai Buloh ke stesen Putra. Berjalan kaki ke PWTC, Wah! sesak sekali. Sebahagian ulat buku sedang membelek bahan bacaan yang mereka minati.
Aku?
Aku belum diketegorikan sebagai ulat buku. 'Ulat muka buku' mungkin. Puas mencari, akhirnya ada yang berkenan di hati. Cinta High Class tulisan Ustazah Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi. Bila dah berkenan di hati, tidak sabar meniti setiap helaian novel ini.
Cendol 5 bungkus Pak cik
Pulang ke fakulti, sempat pula pekena cendol pulut, kak Maria belanja,baiknya hati kakak saya ni.Selepas makan tengahari, aku pun pulang ke teratak kami. Selesai menghadap Ilahi,duduk di meja study membelek novel.
Inspirasi dalam mencari
Basmalah meniti di bibir,mata terus meniti setiap perkataan..Cinta mula
bertaut di hati.. Subhanallah..aku benar-benar jatuh cinta pada ilmu
yang terisi.
Cinta High Class. Mentarbiah diri menjadi Muslimah sejati, menyedarkan betapa tingginya maruah diri, bukan mudah diberi atau dibeli. Selagi ijab dan qabul tidak dipenuhi, Cinta ini bukan janji.Cinta sejati, buat dia yang tepat, pada masa yang tepat.Rasa cinta, rindu, sayang itu fitrah makhluk Allah. Fitrah ini perlu diurus,bukan di bajai dengan nafsu. Akan ku pagari diriku dengan duri-duri Iman, agar tiada yang cuba mendekat tanpa tujuan mencari redha Ilahi yang pasti. Bercinta selepas nikah, itu impianku.
"Ya Allah terbangkanlah aku kepadanya, agar aku tidak terus hanyut menjadi fitnah dunia."
Cinta High Class. Menyedarkan diri walau suami di hati, pemilik pertama tetap Ilahi. Sabar penyejuk diri, akan ku nanti dikau duhai pemuda sejati. Tuntutlah ilmu kerana Allah, agar dapat bersama menyelusuri onak duri. Akan ku persiapkan diri,terus mencari Cinta Ilahi, kerana dengan cinta-Nya,dikau kan sampai pada ku nanti. Andai bukan di dunia, pasti di Syurga. Insya-Allah..
Wallahualam
Tuesday, April 30, 2013
Sunday, April 28, 2013
Cinta Muslimah
Muslimah
Mahalkan dirimu
Pagarinya dengan ilmu
Jangan mudah terpujuk layu
Mekar iman menunduk nafsu
Muslimah
Cintailah Dia
Sanjungi kekasih-Nya
Peliharalah ibu dan bapa
Yakinlah soleh tersedia
Sama ada di dunia mahupun syurga
Muslimah
Indahnya akhlakmu
Mujadah mencari yang Satu
Tertutupnya aurat bertempat malu
Fitnah dunia terus berlalu..
Nukilan
Kembara Ana Insan
Saturday, April 6, 2013
Walimatul urus
Bismillahhirrahmanirrahim..
Pada musim cuti sekolah yang lepas ada beberapa jemputan walimatul urus yang sempat saya hadiri. Tumpang gembira dan bersyukur melihat rakan-rakan yang mendirikan rumah tangga iaitu antara sunnah Rasulullah s.a.w.
"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan semuanya berpasangan; dari yang ditumbuhkan dibumi dan dari diri mereka, juga dari apa yang mereka tidak ketahui"(Surah Yaasin, ayat 35)
Moga pernikahan yang dibina atas dasar kasih sayang dapat memberikan ketenangan kepada mereka justeru membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. Moga mendapat zuriat yang soleh & solehah.Barakallahhu fi kum.
Tahniah buat Ashila yang bakal mendirikan rumah tangga tahun hadapan insya-Allah. Tahniah buat Aisyah yang akan menjadi ibu tahun ini. Terima Kasih kepada Azura sahabat karibku iaitu seorang isteri & ibu mithali :) Gembira dapat berjumpa dengan kalian dalam majlis yang penuh barakah ini.
Di bawah adalah foto-foto yang sempat saya snap di majlis perkahwinan Farid & Qidah dan Mira & Aris.

| Pelamin di Majlis Perkahwinan Farid & Qidah |
| Tahniah buat Farid & Qidah |
| Senyuman manis Mira & Aris |
| Nyummy.. |
Subscribe to:
Comments (Atom)