JellyPages.com

Saturday, December 31, 2011

Moh ler kita kongsi ^_^

Apa yang saya nak kongsi?

Ok,nak kongsi sikit macam mana cara nak jadi seorang yang positif.
Ada 4 perkara yang penting kita ambil kira jika datangnya sesuatu perkara untuk diselesaikan :

1. Fikiran
2. Emosi
3. Tindakan
4. Keputusan 

Bagaimana?

Fine! Contohnya jika kita putus cinta, and at the same time kita nak menduduki final exam pulak tu. Kita kena fikir yang Allah jauhkan 'si dia' bersebab antaranya Allah sayangkan kita and tak mahu kita terus hanyut dengan maksiat dan godaan syaitan yang direjam. Dalam masa yang sama pasti ada yang jauh lebih baik Allah sudah sediakan untuk kita and 'si dia' bukanlah orangnya. Allah Maha Mengetahui (^_^) ~Smile~ 

Bila fikiran kita positif, emosi juga automatik menjadi positif. Hebat kan! Takde lah rasa nak sakit hati and dendam kesumat lg. Never!

Emosi yang positif dapat menenangkan fikiran dan kehidupan kita sehari-harian. Emosi yang baik dapat mendorong kita membuat tindakan yang menjurus ke arah kebaikan. Baru kita sedar bahawa selama ni dah banyak kita lalai dengan apa yang Allah suruh and apa yang dilarangNya. Dengan emosi yang stabil kita kembali sujud memohon keampunanNya dan RedhaNya. Perkara yang lalu kita jadikan tauladan supaya jangan ulangi kesilapan yang lalu di masa hadapan. Allah Maha Pengampun.

Keputusannya kita semakin dekat denganNya, tanpa segan silu kita menitiskan air mata menagih cintaNya,memohon rahmatNya. Inilah Cinta Sejati, menangis pada yang Satu iaitu Allah. Menikmati kemanisan Iman..Menangkis semua godaan! Bittaufiq wannajah!  

Final exam pun around the corner, sesuatu harus dibuat agar tidak lagi terleka dengan janji "Alah,jap lagi lah study.." Usah bertangguh! Jom Jihad Fi Sabilillah !

[Thanks to Prof Muhayah sebab share ilmunya tentang 4 perkara yang mempositifkan diri ni, saya hanya tlg sampaikan kepada kawan-kawan]

Nak promote sikit SELALU2 LAH DENGAR RADIO IKIM.FM,(Lembah Klang 91.5) banyak informasi yang berguna kita boleh dapat untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.InsyaAllah

Selamat Berjuang!
(^__^)


   



Tuesday, December 20, 2011

Ibu..Aku amat mencintaimu..

Bismillah..
Sudah hampir 3 bulan ibu tercinta berada di Perancis.Merantau melihat negeri orang,mengagungi bumi Allah.Panggilan pertama dari Perancis ibu amat gembira bersiar-siar mengelilingi Kota Belgium, aku turut tersenyum dan gembira mendengar perkhabaran ibu yang amat teruja menaiki bot di sana. Ibu seorang yang amat taat kepada ibu bapanya,dia jarang keluar dari kampung jika tiada urusan yang memerlukannya keluar. Sehinggalah hari tua ibu bapanya,ibu menjaga dengan redha. Ibuku seorang anak yang solehah, bicaranya amat lembut..Alhamdulilah ibu bertemu ayah yang sudah lama merantau di negeri orang bagi mencari ilmu memohon keredhaanNya. Ayah ku seorang pencinta ilmu Allah, berbelas tahun ayah menuntut ilmu di timur tengah. Kepulangannya amat dinanti-nanti oleh keluarganya tersayang wan, atok dan sanak-saudara.. Ayahku tertarik kepada ibu,kebetulan ayah ibu juga seorang ustaz yang terkenal di kampung. Pinangan dihantar, dengan redha ibuku menerima walaupun tiada perasaan cinta kepada ayah pada waktu itu. Alhamdulilah ibu dan ayah kekal bahagia sehinggalah ayah dijemput panggilan Ilahi,ibu masih disisi. Ayah ku banyak mengajar ibu tentang ilmu agama,tentang sabar..tentang dunia dan akhirat. Syukur ibuku menemui insan yang soleh, doa ibu dan ayah yang tidak lekang di bibir memohon redha Ilahi. Ibu, Ayah, jasamu tidak terbalas olehku..Kerana agungnya akhlakmu mendidik anak-anak serta melayan kerenah kami..aku akan menemanimu dalam susah dan senang mencari sinar bahagia di dunia dan akhirat. Semoga Allah mencucuri RahmatNya ke atas ibu dan ayah.. Amin ya Rabb

Monday, December 12, 2011

Kepahitan dalam kemanisan..

Assalamualaikum w.b.t.
Tiap-tiap manusia mempunyai cabaran dalam hidup, yang membezakannya adalah perjalanan dan cara mereka hadapi cabaran tersebut.Tidak kira muda atau tua, cabaran tetap mendatang dengan hikmahnya. Teringat pula pada bait-bait lagu yang dinyanyikan S.M Salim..
"Yang membezakan kita hanya usia,
tetapi hala tujuan tetap sama..
Zaman kau lalui mungkin berbeza
namun keperitannya tetap kurasa."
Lagu yang agak unik bagi diriku,penuh makna tersirat. Bila cabaran menjengah kembali, ada yang terkulai layu,ada yang tetap gah berdiri. Ya, aku juga pasti punyai cabaran dalam hari-hariku, adakala terasa hilang arah, tidak tahu mana nak tuju. Tapi hanya satu ! Aku tak mahu terus diburu. Setiap cabaran pasti ada jalan penyelesaian. Akan ku tempuhinya penuh kesabaran, Sujudku penghubung ketenangan. Ku fikir satu persatu di mana silapku..Akalku merungkai hikmahnya setiap yang telah berlaku..Subhanallah! Indah sungguh jalan aturMu Ya Ilahi. Aku menangis dalam gembira. Telah kutemui jawapannya,mengapa aku didatangi dugaan itu. Terlalu banyak yang aku alpa, terlalu banyak yang aku lupa. Tetapi doa memohon hidayah dan taufiq  tidak akan kering dibibirku.Sesungguhnya Engkau Maha mendengar.Maha Penyayang lagi mengasihani. Engkau turunkan keperitan untukku merasai kemanisan.