JellyPages.com

Friday, February 17, 2012

Saya Sudah Milikinya :D

14 Februari 2012.Pergi ke Kedai buku MPH bersama teman baik saya Nur Alia Idris untuk mencari sesuatu yang boleh dibawa sebagai bekalan hidup.

Saya membelek buku-buku yang tersusun rapi di atas rak, beralih pula ke sudut buku yang terhangat di pasaran.

Terkilas sebuah buku bertajuk AKU TERIMA NIKAHNYA tulisan Hasrizal Abdul Jamil sedang memperlihatkan dirinya.Buku ini pernah dipromotekan oleh kawan2 saya agar membacanya kerana amat menarik. Menarik bagaimana?

Hati ini tertarik untuk memperolehinya. Kaki melangkah ke kaunter, tersenyum puas setelah bayaran dibuat.

Pulang dengan hati berbunga-bunga kerana selepas ini saya ada teman jika bosan, AKU TERIMA NIKAHNYA.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya mulakan pembacaan. Testimoni yang terdiri daripada Che Amran drpd kumpulan Raihan, Fedtri Yahya personaliti TV3 dan Prof Madya HJ Md Izzuddin perunding motivasi membuat saya tidak sabar membacanya.

Sehelai demi sehelai muka surat saya teliti. Ia berkisar tentang pengalaman penulis dalam menempuh arus kehidupan. Pengorbanan hamba Allah di muka bumi ini. Gaya penulisannya amat menarik minat saya untuk terus membaca. Terasa ia dekat di hati, mudah difahami.

No comments:

Post a Comment