JellyPages.com

Wednesday, March 27, 2013

Ajal yang hampir tiba..

Assalamualaikum saudara-mara ku yang amat dikasihi, sudahkah anda menunaikan solat? Jika sudah, alhamdulilah.. tetapi jika belum, apa tunggu lagi, bangkitlah berwudhuk dan tunaikanlah solat. Peringatan buat diri ini yang lemah, JANGAN MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT.. Do not delay! Jagalah solat kita sebaik mungkin, ingat! Jagalah Allah, Allah menjagamu.. :)

Umur semakin meningkat, amalan kita bagaimana?Maut sentiasa menjenguk, malah mengejar kita. Bila tiba waktunya, tidak cepat sesaat dan tidak pula lewat sesaat. Adakah kita sudah bersedia berhadapan dengan Maha Pencipta? Dalam keadaan yang bagaimana? Suci bersih atau kotor berlumut dengan dosa-dosa?

Wahai kaum hawa, bagaimanakah dengan auratmu?Adakah sudah ditutup dengan sebaik mungkin?ingat! suara juga aurat.Jangan mudah mengaku kalah pada hawa nafsu yang ganas bak naga 9 kepala. Tundukkan ia dengan rasa kehambahanmu pada Ilahi.Bukan nafsu yang memandu kita, tetapi kita yang memandu nafsu itu.

Berpeganglah pada tali Allah, perteguhkan imanmu duhai saudaraku. Mohon padanya kesudahan yang baik.Berdoalah.. 

 اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
  “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan engkau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”

Kerana cinta aku menulis..kerana cinta aku menjaga agamaMu.. Allahurabbi..

Wallahualam..

Friday, March 22, 2013

Seminar Pendekatan Wasatiyyah Memacu Peradaban Negara

 Intercontinental Hotel, KL.. Suasana selepas peserta keluar untuk menunaikan Solat Jumaat
Buku yang banyak membantu dalam penyelidikanku
Y.Bhg Prof Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Bin Haji Abdul Majid
Moderator untuk sesi yang pertama


oh RESEARCH :)


Moderator untuk sesi yang kedua


Gula-gula peneman mata (^.~)


Y.Bhg Prof Dato' Dr. Zaleha binti Kamaruddin
Y.Bhg Prof Madya Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Haji Dusuki


Dato' Seri Abdullah bin MD Zin sedang menyampaikan cendermata kepada pembentang


Pengacara Majlis yang amat berkaliber, Sayed Munawar


Cendermata bertukar tangan


Di akhir Seminar
Moga ketemu lagi..

Saturday, March 2, 2013

Hikmah Musibah

Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi, dengan rahmatNya, aku masih bernafas di bumi bertuah ini. Dalam keadaan yang kurang sihat, selesema dan batuk,ucapan yang ku iringi adalah:
  "Dari Allah kita datang kepada DIA,kita kembali"


Bagi aku terlalu banyak hikmah dalam menghadapi musibah ini.Antaranya:

~Mensyukuri nikmat S.I.H.A.T
Adakala Allah ambil sedikit nikmat sihat itu untuk kita mensyukuri nikmat S.I.H.A.T yang selalu diberiNya.Biasalah, bila kita punyai sesuatu itu,adakala kita kurang mensyukurinya.Adakala masa sihat aku tidak menggunakan masa yang diberi sebaik-baiknya. Aku tidak menggunakan tubuh badan,akal fikiran ini untuk menuntut ilmu bersungguh-sungguh. Tidak bekerja bersungguh-sungguh. Bila ditimpa sakit, aku akan perbaharui & update azam aku untuk menggunakan kesihatan yang Allah beri untuk bantu orang lain,nak buat baik, belajar sungguh-sungguh, bekerja kerana Allah.
Semuanya kerana Allah.

~Ber S.A.B.A.R
Biasalah bila dah sakit ni, tenaga pun kurang. Terbatuk-batuk, memanglah tidak selesa. Nak tidur pun hidung tersumbat.Tapi aku sedar ini semua ada hikmahnya, oleh itu, aku selalu akan ingatkan diri ini, bersabarlah.Orang yang bersabar itu pasti ada tempatnya yg baik di sana.

~Di A.M.P.U.N kan DOSA
Setiap anak adam itu bersalah.Oleh itu bertaubatlah. Dosa yang banyak, Allah..ampunkan lah dosaku. Tak sanggup ingat dosa-dosaku kepadaMu,terlalu banyak..Aku pernah terdengar satu ceramah dari seorang ustaz: Orang yang sabar apabila ditimpa musibah, dosa-dosanya akan diampunkan seperti daun-daun yang berguguran.
Musibah+(Redha x Sabar) = Delete Dosa.

~ Mengingati M.A.T.I
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, yang kekal hanyalah ALLAH. Aku akan meninggalkan dunia ini juga pabila tiba masanya, tidak cepat sesaat, dan tidak pula lambat sesaat. Dalam keadaan lemah, aku terfikir bagaimanalah rasanya sakaratul maut itu.Ya Allah..berilah kami khusnul khotimah..pengakhiran yang baik..itulah doaku.

Wallahualam..