Ok,nak kongsi sikit macam mana cara nak jadi seorang yang positif.
Ada 4 perkara yang penting kita ambil kira jika datangnya sesuatu perkara untuk diselesaikan :
1. Fikiran
2. Emosi
3. Tindakan
4. Keputusan
Bagaimana?
Fine! Contohnya jika kita putus cinta, and at the same time kita nak menduduki final exam pulak tu. Kita kena fikir yang Allah jauhkan 'si dia' bersebab antaranya Allah sayangkan kita and tak mahu kita terus hanyut dengan maksiat dan godaan syaitan yang direjam. Dalam masa yang sama pasti ada yang jauh lebih baik Allah sudah sediakan untuk kita and 'si dia' bukanlah orangnya. Allah Maha Mengetahui (^_^) ~Smile~
Bila fikiran kita positif, emosi juga automatik menjadi positif. Hebat kan! Takde lah rasa nak sakit hati and dendam kesumat lg. Never!
Emosi yang positif dapat menenangkan fikiran dan kehidupan kita sehari-harian. Emosi yang baik dapat mendorong kita membuat tindakan yang menjurus ke arah kebaikan. Baru kita sedar bahawa selama ni dah banyak kita lalai dengan apa yang Allah suruh and apa yang dilarangNya. Dengan emosi yang stabil kita kembali sujud memohon keampunanNya dan RedhaNya. Perkara yang lalu kita jadikan tauladan supaya jangan ulangi kesilapan yang lalu di masa hadapan. Allah Maha Pengampun.
Keputusannya kita semakin dekat denganNya, tanpa segan silu kita menitiskan air mata menagih cintaNya,memohon rahmatNya. Inilah Cinta Sejati, menangis pada yang Satu iaitu Allah. Menikmati kemanisan Iman..Menangkis semua godaan! Bittaufiq wannajah!
Final exam pun around the corner, sesuatu harus dibuat agar tidak lagi terleka dengan janji "Alah,jap lagi lah study.." Usah bertangguh! Jom Jihad Fi Sabilillah !
[Thanks to Prof Muhayah sebab share ilmunya tentang 4 perkara yang mempositifkan diri ni, saya hanya tlg sampaikan kepada kawan-kawan]
Nak promote sikit SELALU2 LAH DENGAR RADIO IKIM.FM,(Lembah Klang 91.5) banyak informasi yang berguna kita boleh dapat untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.InsyaAllah
Selamat Berjuang!
(^__^)
(^__^)






