JellyPages.com

Wednesday, October 31, 2012

Merindui Pelajar-pelajarku tersayang..



19 nov 2012 ini..akan bermulalah peperiksaan besar iaitu STPM. Malam tadi seorang pelajar Pra-U 2 Alpha, Kaa Jiun menghantar mesej mengatakan rindu kepada seorang bekas guru pengajian perniagaannya..iaitu Cikgu Aliah..it's me..

Buat pengetahuan pelajar tersayang..cikgu juga merindui kalian. Rindu saat-saat manis mencurahkan ilmu kepada kamu semua. Moga kalian berjaya di dunia & akhirat.. =)

Tuesday, May 22, 2012

Kepentingan membaca al-Quran.. jika tidak boleh baca..pandanglah.. agar hati kita tidak mati..

Sunday, April 15, 2012

Syurga Cinta..

Ku edit khas untukmu yg ku tidak ketahui siapa.. :)

Kejar cinta Allah..

Bila orang sedang mabuk bercinta, kesedaran tentang apa yg salah itu amat minimum. Syg sana, syg sini, cinta sana, cinta sini. Nampak macam indah, TAPI
Apabila tersedar cinta itu hanya palsu semata, Mula menyesali kebodohan diri,
Mencari Cinta Ilahi yg hakiki. Apakah kau sedar yg kau masih belum miliknya yg sah lagi? Apakah kau yakin dia mencintai Ilahi lebih drpd segalanya? - Jangan Taksub dgn cinta manusia & janji-janji. Takut sia-sia kehidupan di kemudian hari.

Thursday, March 8, 2012

Alang Sendayu, Gombak

KEM KEMBARA IMAN 2012
Kenangan terindah bersama Ain, Fatimah & Husna :)

Friday, February 17, 2012

Saya Sudah Milikinya :D

14 Februari 2012.Pergi ke Kedai buku MPH bersama teman baik saya Nur Alia Idris untuk mencari sesuatu yang boleh dibawa sebagai bekalan hidup.

Saya membelek buku-buku yang tersusun rapi di atas rak, beralih pula ke sudut buku yang terhangat di pasaran.

Terkilas sebuah buku bertajuk AKU TERIMA NIKAHNYA tulisan Hasrizal Abdul Jamil sedang memperlihatkan dirinya.Buku ini pernah dipromotekan oleh kawan2 saya agar membacanya kerana amat menarik. Menarik bagaimana?

Hati ini tertarik untuk memperolehinya. Kaki melangkah ke kaunter, tersenyum puas setelah bayaran dibuat.

Pulang dengan hati berbunga-bunga kerana selepas ini saya ada teman jika bosan, AKU TERIMA NIKAHNYA.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya mulakan pembacaan. Testimoni yang terdiri daripada Che Amran drpd kumpulan Raihan, Fedtri Yahya personaliti TV3 dan Prof Madya HJ Md Izzuddin perunding motivasi membuat saya tidak sabar membacanya.

Sehelai demi sehelai muka surat saya teliti. Ia berkisar tentang pengalaman penulis dalam menempuh arus kehidupan. Pengorbanan hamba Allah di muka bumi ini. Gaya penulisannya amat menarik minat saya untuk terus membaca. Terasa ia dekat di hati, mudah difahami.

Friday, January 27, 2012

Mulianya Akhlakmu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Salam sejahtera kepada pembaca yang dirahmati Allah, moga sentiasa sihat walafiat hendaknya. Kali ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang akhlak seorang hamba Allah yang amat saya kagumi. Harap kita sama-sama dapat berfikir dan muhasabah diri kita. Ikuti kisah ini..

Dia, seorang anak muda yang cekal dan mempunyai pegangan hidup yang jelas dan kuat. Perasaan cinta akan ilmu Allah amat menebal dalam dirinya. Niat untuk bermusafir mencari ilmu telah diluahkan kepada bapanya, tetapi dia diuji apabila bapanya menghalangnya pergi jauh. Walaubagaimanapun dia tidak berputus asa. Sajak yang lama tertulis di jiwa akan cintanya ilmu Allah telah di luahkan sepenuh jiwa, tanpa dia sedari, luahan itu telah didengari oleh bapanya yang sedang bersiap sedia untuk menoreh getah. Bapanya kembali naik ke atas rumah, dengan izin Allah,bapanya merelakan dia pergi bermusafir menuntut ilmu agama. Dengan penuh kesyukuran serta berbekalkan semangat jihad fi sabilillah yang tinggi dia memulakan langkah..musafir mendalami ilmu Allah.

Berbelas tahun dia di negeri orang, berbagai pekerjaan dilakukan bagi menyara hidup. Dia dikenali sebagai pakar membaiki jam, jam tangan, jam dinding, digital, semua telah ditelitinya. Perasaan rindu akan kampung halaman disematkan baik-baik di dalam jiwa, dia tekad meneruskan pengajiannya di Universiti Al- Azhar, Kaherah. Sekali melangkah, berpantang undur, Dia musafir dari satu tempat ke satu tempat, menuntut ilmu dengan para ulama'. Semakin dia mendalami ilmu agama, semakin teguh cintanya kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. Pernah suatu ketika, sedang dia tidur, dia termimpikan kehadiran Rasulullah s.a.w datang mencium penanya. Mimpi ini telah hadir beberapa hari sebelum menjelangnya peperiksaan. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Berkat doa dan kesabaran, dia telah berjaya menamatkan pelajaran dalam bidang Usuluddin. Dia pulang menemui keluarga tercinta membawa sinaran syiar Islam. Ilmu yang dituntut disebarkan kepada umat manusia tanpa mengira darjat, pangkat atau ganjaran dunia. Murah hati dan ikhlas adalah akhlaknya. Seorang yang suka tersenyum dan peramah itu amalnya. Dia juga menyayangi kanak-kanak, jika berjumpa dengan mereka, pasti dia berhenti serta memberikan salam. Adakalanya dari jauh lagi kanak-kanak akan mengangkat tangan dan memberikan salam kepadanya "Assalamulaikum Atuk!" . Pernah satu malam, seorang kanak-kanak telah keciciran wang di jalanan, dia menghulurkan lampu picit agar permudahkan kanak-kanak itu melihat, tetapi wang itu masih tidak dijumpai. Dia telah menghulurkan RM 10 kepada kanak-kanak tersebut agar dapat berkongsi sedikit wangnya sedangkan dia sedang kesempitan wang ketika itu. Kejadian ini berlaku beberapa minggu sebelum dia dijemput Ilahi. Di kitabnya juga ada tertulis tulisan tangannya "Sedekah jariah akan menerangi kubur kita di sana".

Tanggal 15 julai 2011, sekitar jam 6 pagi hari jumaat, dia bangun dari tidur, badannya terasa gatal-gatal sehingga membuatkan badannya lemah longlai. Adik iparnya telah bergegas menghantarnya ke klinik sebelum dia di masukkan ke hospital besar Tuanku Jaafar. Isteri tercinta berada disisi setia menemaninya. Selang beberapa jam, dia kembali pulih sedikit, ahli keluarga datang menjenguk, sempat berborak dengannya. Keesokan hari, pada waktu siang, dia sempat membacakan surah Yaasin bagi seorang yang telah lama koma terlantar di depan katilnya. Bacaan ayat-ayat suci Al-quran juga dibacakan untuk seorang remaja lelaki yang sedang sakit berdekatan katilnya. Tibanya waktu malam, kesakitan datang kembali. Perutnya terasa amat sakit sekali, hanya Allah yang mengetahuinya. Kalimah Allah tidak pernah putus di bibirnya. Allahhu Akbar!

Setiap yang bernafas pasti akan merasai mati, masanya telah tiba, tidak awal sesaat, tidak pula lambat sesaat..Dia dijemput Ilahi..sudah tertulis di loh mahfus, tiada sesiapa dapat menafikannya. Pengurusan jenazahnya terasa begitu mudah, lancar sekali. Ramai yang terkejut dan sedih dengan pemergiannya walaubagaimanapun mereka redha. Jenazahnya yang kelihatan tersenyum, seakan-akan dia sedang tidur dengan tenang, tubuhnya kelihatan lebih sihat daripada biasa. Dia dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mantin Dalam. Sedang talqin dibacakan, seorang kanak-kanak terkejut melihat kilauan cahaya keluar dari kuburnya. Subhanallah, Maha Suci Allah.

Al-Fatihah buat Allahyarham..
Moga Rohnya tenang di sana..
Di tempatkan bersama para solihin..
Amin..amin ya rabbal alamin







Tuesday, January 10, 2012

Hari Gembira..Final exam untuk Semester 5 sudah berakhir..!!

Alhamdulilah..Tepat jam 12 tengahari, 10 Januari 2012 tamat sudah peperiksaan akhir untuk sem ni..Walaupun rase nak pecah kepala menjawab soalan, tapi syukur kehadrat Ilahi yang kurnia kan kesihatanku yg semakin pulih dek selsema. Thanks to lecturer2 yang baik hati dan ikhlas berkongsi ilmu kpd kami. Hanya Allah saja yg dapat membalasnya. 
Cepat betul masa berlalu, sem depan insyaAllah aku & sahabat2 seperjuangan akan melangkah ke semester 6, Final sem in Uitm, Bachelor in Information System Management. 
Kenapa tajuk aku untuk post kali ni macam happy sangat kn.. Sebab perasaan gembira ni melonjak2 bila berjumpa anak-anak buah di kampung. 6 orang semuanya..Faris, Farhan, Nina, Ica, Diya & Raudhah. Sepinggan nasi and sebiji coklat boleh kongsi 6 orang (kecuali farhan sebab dia baby lg)..hehe Riuh rendah rumah ni bile semua ada, sampai ke malam x puas lg nak lepak dengan dorang. Keletah dorang memang buat aku geli hati, terutama si nina (Awek garang tapi cute), dia ni seorang yg agak serius, muka garang je (mcm guru besar) tapi dia ni la paling banyak perangai, macam makcik dia (aku lah tu)..Last tadi, layan Upin Ipin dgn nina,pastu paksa dia masuk tidur..hehe tak lame pastu, tiba2 datang si raudhah (Awek sopan + manje gitu), ingatkan da tidur, rupenye belum lg. Hari ni duk tergelak je, hilang sume masalah. Aku happy bila bersama keluarga tercinta. (^_^)

Saturday, January 7, 2012

Dugaan Menghapuskan Dosa

Dari Abdullah r.a katanya:Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk. Jawab baginda,Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, Semoga anda mendapat pahala berganda pula.Jawab baginda:Semoga!Kemudian sabda baginda pula:Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.

(^_^)

Sunday, January 1, 2012

@ Hotel The Zone with My Mom & Family alongku

Hotel The Zone, Jalan Ampang
Holiday in Key L..
Hotel ni betul2 depan masjid & KLCC. Nice View (^_~)
Permandangan dari tingkat 16 hotel the zone, masa ni tgh hujan.